Apabila isteri saya ingin membeli komputer laptop mini atau dikenali sebagai netbook , beliau menghantar post di Facebook Update dan tanya kan kawan kawan beliau di Facebook .
” Looking around for netbook . Which brand should i consider ?”
Berpuluh puluh kawan beliau di facebook memberi respons dan memberi pandangan beliau . Akhirnya selepas membaca semua komen , barulah beliau “google” jenama yang direkomen dan akhirnya terus membeli brand Acer Netboook .
Beliau tidak pernah tengok iklan Acer di sikis suratkhabar atau di radio dan TV tapi beliau dengan yakin nya mengeluarkan RM 1,300 dari dompet dan terus membeli brand Acer ..
Trend ini bukan sahaja berlaku pada isteri saya tetapi juga pada ramai orang sekarang . Kalau melihat facebook status sekarang , jika seorang ingin membeli sesuatu atau ingin memilih restoran atau memerlukan membuat sebarang keputusan , orang itu akan menanyakan di status beliau dan ramai kawan beliau yang memberi komen dan pandangan selepas itu ..
Apa dah berlaku ???
Kita sekarang sedang ke arah REKOMEN atau PENGALAMAN ERA dan bukan lagi IKLAN ,INFORMASI atau PENERANGAN ERA.
Rekomen bila kawan kawan anda memberi rekomen dan Iklan adalah Penerangan .
Sebagai contoh , kalau anda taip “Acer” berjuta juta website akan di senarai oleh Google tetapi anda tidak akan klik setiap satu website tetapi jika kawan rapat anda atau kenalan Expert di facebook rekomen brand “Acer” anda terus percayai brand “Acer ” walaupun anda tidak pernah tengok iklan Acer.
Penerangan dan Informasi melambak kat Internet tetapi pembeli ingin mencari rekomen oleh kawan kawan atau experts untuk membuat keputusan membeli .
Dengan adanya Social Media , proses REKOMEN akan berlaku dengan cepatnya dan secara efektif . Sekarang anda hanya taip di laman social media dan lihat pendapat kawan anda . Anda tidak perlu melihat di suratkhabar dan anda tidak perlu taip di google pun sebab Google hanya memberi link untuk informasi dan bukan pendapat kawan anda.
Sebagai usahawan , anda perlu tahu proses ini sebab cara pelanggan membuat keputusan untuk membeli sudah berubah .. Kalau anda tidak berubah , anda akan ketinggalan dan saingan anda akan mendapat pasaran yang lebih besar.
Soalan sekarang , sudah kah anda bersedia untuk berubah ???
Selepas beberapa tahun mengemaskini dan “maintain” , tiba tiba semua websites dan blog saya habis kena hack …..habis semua files dan kandungan ..
.. jadi saya kena buat semula dari bermula … mungkin file file yang yang berada di porno server ada di laptop saya tapi ia mengambil masa yang lama untuk saya cari .
OLEH ITU , LESSON PERTAMA 2010 , jangan tak back up semua file di server sikis anda .. PENTING AMAT KE AMAT .. jangan kena macam saya …
oh ya …HAPPY NEW YEAR !

Recent Comments